UCAPAN DARI KAMI


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 28, 2010

PENYAKIT JIWA-HOMOSEKS-

Penyakit Homoseks ini adalah bukan suatu perkara yang pelik malah telah berlaku sejak zaman Nabi Luth dimana Allah telah menurunkan hukum mengharamkan homoseks. Secara fitrahnya kita telah dijadikan secara berpasang-pasangan dan Allah SWT menyuruh kita berkahwin untuk menambahkan zuriat...namun segelintir manusia yang hidup bertunjangkan nafsu... sanggup menolak fItrah yang ditetapkan itu....kerana mengikut nafsu itu mereka sanggup menolak hukum Allah dan memutar belit kan hukum agar mereka dapat membuktikan yang nafsu mereka tidak salah.



Walauapapun alasan, tidak akan menghalalkan perhubungan terlarang ini. Apakah yang membuatkan agama Islam ini unik? Kerana ketegasan dalam agama itu sendiri...mereka yang melanggar hukum harus dihukum...namun dunia hari ini hanya menggunakan separuh daripada yang tertulis di AlQuran...Kita tidak boleh memandai didalam hukum...apa yang tertulis di dalam AlQuran itulah kita kena patuh...Sebenarnya hal yang seperti ini menyebabkan umat Islam jatuh bukan kerana Islam mundur disebabkan menolak idea liberal dari barat tetapi kerana umat Islam menolak Sunnah dan Hukum yang telah tercatat di dalam AlQuran dan juga hadis. Kenapa Umat Islam pada zaman dahulu maju, kuat dan menjadi kuasa besar? Jawapannya mudah kerana mematuhi setiap perkara yang ditetapkan oleh Allah SWT tanpa mempersoalkan lagi.



Berbalik kepada kes Homoseks, sebenarnya kita boleh mengambil iktibar dari kes Kaum Nabi Luth. Allah telah menterbalikkan bumi terhadap kaum Luth yang keterlauan menjalankan Homoseks dan Allah telah menghujani batu yang menyala kepada mereka sebagai balasan atas perbuatan yang menjijikkan itu.



Firman Allah:

dan maksudnya:

DAN (KAMI JUGA TELAH MENGUTUS) LUTH (KEPADA KAUMNYA). (INGATLAH) TATKALA DIA BERKATA KEPADA MEREKA: 'MENGAPA KAMU MENGERJAKAN PERBUATAN YANG KOTOR ITU, YANG BELUM PERNAH DIKERJAKAN OLEH SEORANG PUN (DI DUNIA INI) SEBELUMMU?'



SESUNGGUHNYA KAMU MENDATANGI LELAKI UNTUK MELEPASKAN NAFSUMU (KEPADA MEREKA), BUKAN KEPADA WANITA, MALAH KAMU INI ADALAH KAUM YANG MELAMPAUI BATAS.



JAWAB KAUMNYA TIDAK LAIN HANYA MENGATAKAN: 'USIRLAH ,MEREKA (LUTH DAN PENGIKUT-PENGIKUTNYA) DARI KOTAMU INI; SESUNGGUHNYA MEREKA ADALAH ORANG0ORANG YANG BERPURA-PURA MENSUCUKAN DIRI.'



KEMUDIAN KAMI MENYELAMATKAN DIA DAN PENGIKUT-PENGIKUTNYA KECUALI ISTERINYA; DIA TERMASUK ORANG-ORANG YANG TERTINGGAL (DIBINASAKAN).



DAN KAMI MENURUNKAN KEPADA MEREKA HUJAN (BATU); MAKA PERHATIKANLAH BAGAIMANA KESUDAHAN ORANG-ORANG YANG BERDOSA ITU.

(SURAH AL-A'RAF, AYAT 80-84)



Rasulullah SAW juga menglaknat pelaku homoseks

SABDA RASULULLAH SAW:

ALLAH MENGLAKNATI ORANG YANG MELAKUKAN PERBUATAN KAUM LUTH...ALLAH MENGLAKNATI ORANG YANG MELAKUKAN PERBUATAN KAUM LUTH...ALLAH MENGLAKNATI ORANG YANG MELAKUKAN PERBUATAN KAUM LUTH...

(DIRAWATKAN OLEH NASA'I)



Jadi usahlah kita menolak apa yang telah tertulis. biarkan sikafir dengan caranya...kita tidak akan menjadi moden dengan mengikut sistem kafir.....yang kita perlu adalah rahmat dari Allah.....kerana apabila Allah mengkehendaki sesuatu perkara itu terjadi maka akan jadilah...bertaubatlah sebelum terlambat ...

No comments:

Post a Comment

ISLAM AGAMAKU


ISLAM

CUTE

US