UCAPAN DARI KAMI


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, November 26, 2010

SIAPA YANG DIBANGKITKAN SEPERTI BABI HUTAN YANG HITAM

Pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang pemuda yang sedang menangis lalu baginda bertanyakan sebab pemuda itu menangis. Pemuda itu menceritakan yang dia tidak punya wang untuk membeli kain kafan untuk mengafankan dan tiada orang sudi memandikan mayat ayahnya.
Baginda menyuruh Abu Bakar dan Umar mengikut pemuda itu ke rumahnya untuk melihat masalah itu. Sesampainya di rumah pemuda itu, mereka sangat terkejut kerana melihat mayat ayah pemuda itu bertukar menjadi babi hutan yang hitam.
Mereka menyampaikan berita ini kepada Rasulullah lalu baginda dan para sahabat pergi ke rumah pemuda itu. Sesampainya di sana, baginda terus berdoa kepada Allah SWT lalu mayat itu bertukar kepada asal kembali. Kemudian baginda dan para sahabat terus menguruskan pengebumiaan itu.
Namun apabila hendak mengebumikan mayat itu, ia sekali lagi bertukar kepada babi hutan yang hitam.
Oleh kerana keadaan yang pelik, Rasulullah bertanya kepada pemuda itu apakah yang dilakukan oleh ayahnya sehingga mayatnya bertukar sedemikian rupa. Pemuda itu menceritakan bahawa ayahnya tidak mahu mengerjakan solat semasa hayatnya. Masyallah....
Kisah yang lain pula...semasa zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia.sedang mayat itu disembahyangkan, orang ramai melihat kain kafannya bergerak2. Lalu mereka membuka kain kafan itu dan melihat seekor ular besar sedang membelit dan memakan daging mayat itu. orang ramai ingin membunuh ular itu tetapi dengan kuasa Allah SWT ular itu mengucap dua kalimah syahadat dan memberitahu bahawa itu bukan salahnya(ular) tetapi ini adalah peritah Allah SWT kerana semasa hayat lelaki itu melakukan 3 kesalahan:

1. lelaki ini mendengar azan tetapi tidak mahudatang untuk solat berjemaah
2. tidak mengeluarkan zakat
3. tidak mendengar dan memperkecilkan nasihat ulamak.

Ini adalaha sebahagian kisah benar yang terjadi pada zaman Rasulullah SAW dan Abu Bakar..semoga kita dapat mengambil pengajaran darinya.

2 comments:

  1. itu tauladan yg kita perlu ambil...zaman sekarang Allah xtunjuk mcm tu sebb tu ramai sgt yg lalai...yg alpa..namun Allah dah berjanji kan?
    dan janji Allah itu pasti..

    ReplyDelete
  2. baru baca..tp terasa mcm kita yg salah...
    insaf 2 meresap dlm diri..Ya Allah,jauhkan la padaku siksaan sedemikian rupa..bawahlah aku kejalan benarMu...Amin..

    ReplyDelete

ISLAM AGAMAKU


ISLAM

CUTE

US